Astro Prima memperkenalkan sebuah lagi rancangan realiti untuk mencari juara memasak iaitu Jaguh Kampung yang akan memulakan sesi uji bakat di lapan negeri iaitu Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu dan Pahang tidak lama lagi.
Pertandingan memasak Jaguh Kampung ini bakal menyaksikan wakil pasukan dari pelbagai kampung yang dibahagikan mengikut empat zon iaitu Zon Utara, Zon Selatan, Zon Barat dan Zon Timur dengan setiap pasukan akan berentap bagi merebut gelaran juara dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000.
Cabarannya nanti ialah mereka harus menyiapkan hidangan dalam tempoh 60 minit saja.
Tiga juri akan diberi tanggungjawab untuk mengadili setiap pasukan.
Tag: Jaguh Kampung, pertandingan memasak, Program Jaguh Kampung, program realiti jaguh kampung, resepi kampung, ujibakat jaguh kampung