10 minggu beraksi di Pentas Pilih Kasih 2 (PK2), malam penentuan untuk mencari juara Pilih Kasih 2 akan berlangsung Ahad, malam ini di Auditorium Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Negeri Sembilan, jam 9 malam di TV2. Seramai tujuh artis Pilih Kasih akan berentap.
Mereka ialah Jay Iswazir, 29, Ku Hariz, 26, Yuzwan Yunus, 24, Nur Jannah, 24, Livonia, 20, Mira Amanas, 20, dan Lia Natalia, 19. Malah, apa yang pasti cabaran bagi artis Pilih Kasih di malam kemuncak nanti lebih mencabar berbanding minggu sebelumnya.
Minggu akhir ini menjanjikan kelainan dari bentuk persembahan iaitu finalis harus bermonolog. Malah, bagi drama pula skrip akan diberi di set penggambaran. Ia bertujuan untuk mengasah minda finalis supaya bersedia terutama secara spontan.
Manakala teater pula, lebih menekankan kepada tema lebih glamor dan menyeronokkan. Bertemakan kehidupan remaja di kolej, sudah tentu ia mencabar kerana finalis juga perlu menyanyikan beberapa lagu baru yang dicipta khas untuk teater itu.
Penerbitnya, Rosyam Nor berkata masih mengekalkan format sama seperti pentas akhir Pilih Kasih yang lalu, pemarkahan finalis mewakili sebanyak 50 peratus daripada beliau dan 50 peratus lagi juri profesional. Markah juga berdasarkan laporan pengarah mengenai disiplin dan tingkah laku finalis.
Hadiah menarik menanti juara PK2 iatu kenderaan pikap jenis Trekker berharga RM55,000, wang tunai (RM10,000), pakej penjagaan kereta Shine Shine bernilai RM2,399 berserta keahlian lima tahun untuk barangan kosmetik dan spa Mustika Ratu berjumlah RM7,000.
Juara dipilih juga turut menerima hadiah baucar penginapan tiga hari dua malam untuk dua orang di Holiday Villa Hotel & Residence Doha, Qatar, gelang tangan magnetik dan beg bagasi kulit Edymium serta trofi kemenangan.
Naib juara pula akan menerima set barang kemas U Diamond berharga RM15,000, motosikal Demak Evo Z, wang tunai (RM7,000), pakej penjagaan kereta (RM1,399) dan keahlian tiga tahun, barangan kosmetik dan spa (RM5,000), baucar penginapan di Holiday Villa Tuan Chau Island, Halong Bay, Vietnam, gelang tangan magnetik dan trofi.
Hadiah pemenang tempat ketiga, motosikal Demak EX90, wang tunai (RM3,000), pakej penjagaan kereta (RM899) berserta keahlian dua tahun, televisyen Plasma 42 inci, barangan kosmetik dan spa (RM3,000), baucar penginapan di Holiday Villa Sanur, Bali, gelang tangan magnetik dan trofi.
Menurut Rosyam, pemenang tempat keempat, kelima, keenam dan ketujuh juga akan dapat hadiah. Masing-masing akan membawa pulang barangan kemas bernilai RM5,000, barangan perabot dan pakej penjagaan kereta, baucar penginapan daripada Holiday Villa, barangan kosmetik dan spa serta trofi.
"Lebih menariknya pentas akhir PK2 ini lagi apabila buat pertama kalinya, Telekom Malaysia Berhad (TM) selaku penaja utama berbesar hati memperkenalkan Anugerah Khas TM yang akan diberi kepada finalis yang dipilih sebagai Pelakon Terbaik TM.
"Pemenang anugerah ini akan menerima wang tunai RM3,000, baucar penginapan dua hari satu malam tajaan Holiday Villa, tiket menonton perlawanan pasukan Manchester United di Stadium Old Trafford, Manchester, England serta trofi. Pastinya, ia akan lebih memberi semangat kepada finalis untuk membuat persembahan terbaik," kata Rosyam.
Menyentuh soal mengapa Rosyam memilih tujuh finalis untuk berentap pada malam akhir yang sepatutnya enam orang saja yang layak, katanya semua finalis itu bukan saja memiliki bakat, tetapi masing-masing sudah berjaya menampilkan persembahan yang bagus.
"Saya tahu ramai bertanya dan mempersoalkan mengapa Nur Jannah yang berada di tangga tidak selamat selama enam minggu akhirnya layak ke peringkat akhir. Ini kerana, biarpun penonton kurang mengundinya, tetapi saya melihat Nur Jannah memiliki bakat.
"Malah, ketika persembahan pada minggu ke-10 lalu, Nur Jannah mendapat markah kedua tertinggi di kalangan artis Pilih Kasih yang berentap. Jadi, ia membuktikan Nur Jannah harus diberi peluang dan sokongan untuk terus berjaya.
"Maka, saya tidak membuangkan kerana kesungguhan ditunjukkan. Justeru, saya harap penonton memahami situasi ini kerana tujuan Pilih Kasih 2 diadakan pun untuk menggilap bakat baru industri lakonan tanah air. Jadi, peserta berpotensi perlu diberi peluang," katanya.
Ditanya pula perancangan Rosyam untuk terus menerbitkan Pilih Kasih 3, katanya kini semua itu masih dalam perbincangan. Katanya bagi terus menerbitkan program yang besar seperti ini tidak dinafikan Rosyam memerlukan sokongan daripada pihak penaja.
Ujarnya, barangkali ramai beranggapan beliau meraih untung besar sebagai penerbit Pilih Kasih kerana mendapat kerjasama daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan penaja utama seperti TM. Katanya semua itu andaian tidak benar kerana apa yang dilakukan itu hanya demi industri hiburan tanah air.

0 ulasan:
Catat Ulasan