Pada Gelanggang RL5 minggu keempat Leman mendapat SMS tertinggi 18.3 peratus, Nazmi (12.9 peratus), Man (12.7 peratus), R2 (12 peratus), Lucky (10.1 peratus), Balas (9.7 peratus), Epy (9.6 peratus) dan Pukaw (7.6 peratus).

Pada pertandingan minggu itu, kumpulan duo Kopi O yang dianggotai oleh Black dan One telah tersingkir kerana mendapat undian SMS paling rendah sebanyak 7.1 peratus selain mendapat kritikan daripada pengkritik tetapnya.

Kumpulan Kopi O Raja Lawak 5

Kopi O yang dikritik oleh tiga pengkritik tetap RL5 iaitu Afdlin Shauki, David Teo dan Sathiya dan tampil dengan gaya lawak senyap akur dengan keputusan itu biarpun sudah bertungkus-lumus memerah idea untuk pertandingan itu.

Salah seorang anggota Kopi O, Black atau nama sebenarnya Syariwan Joir, 28, berkata, dia juga tidak berkecil hati apabila disingkirkan daripada pertandingan itu kerana dikatakan membawa konsep lawak senyap yang agak membosankan.

'Saya akur dengan penyingkiran ini. Kami tidak boleh kata apa kalau orang kata gaya lawak kami membosankan. Ini kerana, kami lebih ke arah lawak yang sebegini.

'Kami tidak nafikan bukannya mudah untuk membuatkan para penonton ketawa hanya berdasarkan gaya pergerakan kami semata-mata. Kami mahu kelihatan lain dalam persembahan lawak kami. Sebab itu kami pilih konsep ini.

'Pada masa sama, kami akui konsep lawak ini berisiko kerana kalau persembahan melalui pergerakan badan dan mimik muka kami tidak menjadi ia akan menyebabkan para penonton susah untuk ketawa,' jelasnya.

Sewaktu ditanya perancangan Kopi O selepas ini, Black berkata dia dan One atau Fakhruddin Mohd. Azmi sanggup berhenti kerja sebagai kakitangan di sebuah resort di Kuala Rompin, Pahang bagi mencuba nasib dalam bidang lakonan.

Ini kerana, katanya, dia yakin mampu mengembangkan lagi bakat Kopi O dalam bidang lawak jenaka dan lakonan selain berharap kerjaya itu akan menjanjikan masa depan yang lebih cerah berbanding sekarang ini.

Utusan



Tag: Gelanggang Raja Lawak Minggu Ke-4, Kopi O Raja Lawak, Raja Lawak 5

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top