Cinta hati: Saya tak buat salah - Shila Hamzah

Wawamcara di Pancaindera

Perlukah menyebut Cinta Hati (Sharnaaz) tu dik? Sebenarnya kalau boleh, saya tak nak panjang-panjangkan isu ini. Kalau boleh biarlah saya tak berbalas komen mengenainya sebab bimbang hal ini akan menjadi lebih teruk.

Tapi kalau tak jelaskan, ramai orang menuntut penjelasan daripada Shila. Mahu tak mahu Shila perlu tampil beri penjelasan.

Ya saya tahu, tapi niat saya cuma tak nak panjangkan cerita. Macam nilah, bagi saya, hal ini memang tak patut dibesar-besarkan. Tak patut jadi isu langsung.



Kenapa Shila cakap macam tu?

Pada saya, itu adalah hak peribadi saya. Apa yang saya katakan tempoh hari semuanya datang daripada lubuk hati saya sendiri. Bila datang dari hati itu semua adalah hak saya.

Betul...tapi dalam hal ni, ramai yang mengatakan yang Shila tak perlu pun berbuat demikian. Apa pandangan Shila?

Rasanya dalam hal ni, saya tak buat apa-apa kesalahan pun. Salahkah saya sebut begitu? Saya sebut nama-nama orang yang saya sayangi dalam hidup. saya sebut nama ibu bapa saya, dia dan semua yang istimewa dalam hati saya. Salahkah? Rasanya saya tak buat benda salah.

Tak risau orang mengata Shila?

Orang kalau nak mengata, mereka akan mengata juga. Walau saya buat baik sekali pun, yang buruk juga akan orang ingat. Kalau saya nak dengar dan terima saja apa yang orang cakap tentang saya, susahlah nak hidup macam tu.

Peminat Shila ramai, takkan tak ada yang datang tegur Shila secara peribadi ?

Kalau nak tahu, peminat saya adalah yang terbaik. Mereka tak pernah tanya saya tentang hal-hal begini sebab mereka tahu saya bagaimana. Mereka begitu teguh menyokong saya. Memanglah ada perkara yang salah tetap salah, tapi apa yang berlaku adalah normal. Ia berlaku pada semua orang kot. Macam saya katakan, ia satu perasaan yang datang dengan sendiri lalu saya sebut begitu. Tak kanlah saya nak jadi kaku dan kekok pula di atas pentas.

Apa komen Shila jika sebenarnya isu ini dinaikkan kerana ada pihak yang sengaja nak cari kesalahan Shila?

Saya tak boleh puaskan hati semua orang. Terus-terang saya katakan, apa yang penting adalah adanya mereka yang berdiri dan menyokong saya selama ini, baik keluarga, Sharnaaz dan peminat-peminat.

Jadi memang tak kisah lah bila orang lempar macam-macam kritikan pasal hal ini pada Shila?

Sebenarnya, saya sendiri dah malas nak fikir. Sudahlah, saya ada banyak benda lain nak fikir dan buat daripada nak fikir tentang apa yang orang nak cakap. Biarlah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top