3 perserta Soulstar tersingkir

Program realiti Soulstar 2012 membuat kejutan apabila tiga peserta disingkir pada konsert minggu keenam yang berlangsung di Kampung Budaya Sarawak di sini semalam.

Tiga peserta tersebut ialah Rina Bayu Adilana Jimmy (Bayu), 18; Nur Atifah Musyifah Ismail (Effa), 17, dan Mohd. Baihaqi Abdul Razak (Haqi), 16.


Jumlah itu menjadikan sehingga kini seramai sembilan peserta telah tersingkir dan hanya tinggal 15 orang lagi untuk meneruskan cabaran pada konsert mingguan selepas ini.

Pengetua Soulstar 2012, Iwan Dasri berkata, dia bersama tenaga pengajar sangat kecewa dengan persembahan yang dilakukan semua peserta terutamanya pelajar perempuan.

Iwan mengakui pihaknya terpaksa membuat keputusan menyingkirkan ramai peserta berikutan kualiti persembahan mereka yang kurang bertenaga.

Namun, katanya, mereka tidak hanya menilai peserta kepada bakat nyanyian semata-mata sebaliknya persembahan dan komitmen atas pentas turut dipertimbangkan ketika proses penyingkiran.

"Penyingkiran dibuat selepas mengambil kira semua aspek. Kami perlu memastikan pemilihan dibuat sesuai dengan kehendak serta kualiti industri hiburan negara.

"Suka saya tekankan, tidak ada kompromi atau pilih kasih dalam proses penyingkiran setiap minggu, semuanya berdasarkan pengundian," katanya selepas konsert Soulstar 2012 minggu keenam di sini semalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top