Pementasan Ramleefestasi

Projek BB mengambil inspirasi Tan Sri P Ramlee dengan mempersembahkan pementasan teater Ramleefestasi, sebagai pementasan keempat dari projek 'Bangkit'.

Teater ini mengambil karya agung P Ramlee iaitu babak tertentu dalam filem untuk dipentaskan mengikut kreativiti empat pengarah baru dibawah penyeliaan seorang pengarah artistik.

Teater Ramleefestasi

Filem-filem P Ramlee yang sememangnya terkenal dengan isu-isu semasa dan satira yang evergreen atau malar segar akan dipentaskan berdasarkan babak-babak yang telah di pilih oleh para pengarah.

Pementasan ini akan membawakan satu bentuk dan suasana baru kepada filem-filem P Ramlee menerusi persembahan teater dan pada masa sama, mengetengahkan isu-isu tersirat yang masih lagi releven pada masa kini. Runut bunyi juga akan diambil dari filem-filem Tan Sri dan dimodenkan bersesuaian dengan tema pementasan manakala babak-babak filem yang telah di pilih akan disuntik dengan elemen moden, sejajar dengan susur masa pementasan yang telah dipilih iaitu pada era globalisasi 2012.

Kesemua empat pengarah berpendapat "Filem-filem Allahyarham bukanlah sekadar hiburan semata-mata. Ianya sarat dengan mesej yang mendalam yang masih releven pada masa dulu, masa kini dan mungkin masa akan datang".

Projek BB adalah satu kumpulan belia yang ditubuhkan sebagai medium untuk para belia merealisasikan impian untuk beraksi di pentas teater. Mereka terdiri daripada 15 orang belia daripada pelbagai universiti di Malaysia.

Pementasan Ramleefestasi akan memperkenalkan Projek BB kepada umum. Pementasan ini juga akan menampilkan 2 pelakon yang sedang mencipta nama iaitu Beto Kusyairy dan Christina Suzzane sebagai penampilan istimewa. Turut membantu sebagai penyanyi latar adalah tiga anak muda yang menggelarkan diri mereka Pelangi Chenta.

Ramleefestasi akan berlangsung di Stor Dewan Bahasa dan Pustaka bermula semalam 14 Dis,ember sehinggalah Ahad ini (16 Disember). Tiket berharga RM15 (pelajar) dan RM20 (dewasa). Untuk tempahan dan pembelian tiket pula, hubungi Arshad Adam di 017982 3272 atau Nik Afiq di 010760 3101. Tiket adalah terhad.

Sinopsis

Teater yang bersifat eksperimental ini mengambil karya agung P Ramlee sebagai menu utama pementasan. Dengan mengekalkan keaslian dan tidak menolak terus sifat filem-filem tersebut, pementasan ini akan mengambil babak atau scene tertentu dalam filem untuk dipentaskan mengikut kreativiti lima pengarah muda berbakat.

Filem-filem P Ramlee yang sememangnya terkenal dengan isu-isu semasa dan satira yang evergreen dan malar segar akan dipentaskan berdasarkan babak-babak yang telah di pilih oleh para pengarah. Pementasan ini akan membawakan satu bentuk dan suasana baru kepada filem-filem P Ramlee menerusi persembahan teater dan pada masa sama, mengetengahkan isu-isu tersirat yang masih lagi releven pada masa kini.

Projek BB : Ramleefestasi

Pengurusan

Pengurus Produksi
Sherry Al- Hadad

Publisiti dan Pemasaran
Arshad Adam
Nik Afiq
Yunus Nuar

Pengurus Pentas
Shaqirin Mohd

Crew
Mustaqim
Ghadaffi Melikki

Kreatif

Pengarah:-
Arshad Adam
Nik Afiq
Wafi Saidin
Yunus Omar

Pengarah Musik
Ayob Azril

Sinografer
Shufitri Shukardi

Penataan Cahaya
Mohd Ridzwan

Pelakon
Projek BB :-
Nik Afiq
Arshad Adam
Yunus Omar
Wafi Saidin
Niessa Azis
Sharifudin Doul
Ejoy Jasni
Jubang Samat
Ahmad Dhani
Fyza Mokhtar
Nur Syazwani
Haslinda Isa
Marzuki Noh

Penampilan Istimewa
Beto Kusyairy
Cristina Suzanne Stockstill

Penyanyi latar
Pelangi Cinta

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top