Mampukah Miera Liyana?
Pementasan teater tribute Tun Siti Hasmah di Istana Budaya (IB) akan dilanjutkan bermula 29 November ini hingga 3 Disember.
Walaupun mengekalkan hampir semua barisan pelakon asalnya, ada nama baru yang tersenarai kali ini.
Orang dimaksudkan adalah aktres muda, Miera Liyana yang akan menggantikan Lisa Surihani membawakan watak Siti Hasmah ketika muda.
Masih dianggap baru dalam bidang lakonan, ada segelintir pihak mempertikaikan kemampuan Miera.
Namun, produksi World Islamic Network Television yakin dengan pemilihan Miera yang sudah pun menghafal skripnya.
Sama ada Miera dapat menggalas watak ini dengan baik atau tidak, sama-sama kita nantikan pementasan ini kelak.
0 ulasan:
Catat Ulasan