Selepas menyambut kelahiran cahaya mata sulung, Putra Rayfal Ramli pada 15 April tahun lalu, pelakon Fasha Sandha dikhabarkan sedang hamil anak keduanya.

Menerusi beberapa keping foto terbaru ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya di Pulau Bali baru-baru ini, Fasha dilihat tampil dengan pakaian yang menonjolkan perutnya yang semakin membesar.

Walaupun belum mendedahkan sebarang maklumat mengenai usia kandungannya, tahniah dicapkan kepada Fasha dan Jejai di atas berita kehamilan ini.

Pastinya berita gembira ini akan mengeratkan lagi hubungan mereka sekali gus dilimpahi kebahagiaan berkekalan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top