Rentetan daripada kisah kontroversi pelakon, Hanez Suraya, 29, bercinta dengan Romie Razin Adilha, 34, yang masih bergelar suami orang, sebuah akaun Facebook (FB) diberi nama Kami Sokong Liyana Manan diwujudkan sejak beberapa hari lalu.
Akaun yang kian mendapat perhatian ramai itu bukan sekadar menjadi medan perdebatan mereka yang menyokong isteri Romie, Nur Liyana Abdul Manan, 29, malah ia turut memaparkan foto percutian Hanez bersama kekasihnya dan rakan di Bangkok, serta beberapa lagi gambar pasangan berkenaan.
Memang menyedari kewujudan laman sosial terbabit, pelakon yang dikenali menerusi watak jahat dalam drama Love You Mr Arrogant itu bagaimanapun enggan menyesakkan mindanya dengan memikirkan soal FB berkenaan.
Kata Hanez, beliau sudah penat untuk memperkatakan soal kontroversi yang menimpa dirinya.
Begitupun, wanita berkulit cerah ini memberikan amaran, jika ada gambar bukan-bukan dimuatkan dalam laman berkenaan, beliau tidak teragak-agak untuk mempertimbangkan tindakan undang-undang.
"Jika perbuatan pihak terbabit sampai mengancam keselamatan dan membahayakan diri, saya akan membuat laporan polis," katanya.
Tambahnya, sebahagian gambar yang dimuatkan di laman terbabit ialah foto lama dan tiada kena-mengena dengan kontroversi yang melanda mereka ketika ini.
"Saya memang tidak akan berdiam diri kalau tindakan mereka melampau, sampai memalukan diri dan keluarga saya," tegasnya
Ditanya mengenai sesetengah pihak yang tampil membuat ulasan masingmasing berhubung kisah cintanya bersama Romie, Hanez berkata: "Semua orang boleh berkata apa saja yang mereka inginkan sebab mereka tidak tahu kebenarannya.".
Selain itu, Hanez sekali lagi memaklumkan, dirinya enggan lagi mengulas mengenai perkara itu kerana baginya, segala-gala sudah dijelaskan pada sidang media yang diadakan pada minggu lalu. Pihak yang sepatutnya membuat penjelasan pun sudah berbuat demikian.
Sebelum itu, ketika ditemui pada majlis sidang media teater Projek Kahwin di Shah Alam, Khamis lalu, Hanez mengaku bersedih dengan segala kontroversi yang menimpa dirinya saat ini.
Katanya, beliau muncul dalam hidup lelaki terbabit pada waktu yang tidak sesuai, sehingga mengundang pelbagai cercaan terhadap dirinya.

0 ulasan:
Catat Ulasan