Selepas mengadakan sidang media baru-baru ini dan meminta isteri kepada kekasihnya itu meminta maaf atas dakwaan memfitnah dan memalukannya, Hanez Suraya sekali lagi menerima tamparan hebat kerana keengganan Nurliyana Abd Manan menuruti permintaanya itu.

Namun Hanez berkata dia tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap wanita itu.

"Terpulang kepada dia (Nurliyana) sama ada ingin memohon maaf atau pun tidak dan saya juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan terhadapnya.

"Selepas ini pun, saya akan berdiam diri dan tidak akan mengulas apa-apa mengenai isu ini kerana bimbang perkara berkenaan akan menjadi bertambah besar dan disalahtafsirkan oleh pelbagai pihak," katanya seperti dipetik menerusi portal Murai.


Hanez mengulas kenyataan balas wanita berkenaan yang enggan memohon maaf seperti diminta Hanez dalam satu sidang media khas yang diadakan pada Rabu lalu.

Sidang media yang turut dihadiri oleh kekasihnya, Romie Razin Adilha turut mendakwa tuduhan Hanez merampas suaminya itu adalah fitnah semata-mata.

Dalam pada itu, Hanez berkata dia sentiasa terbuka untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku tanpa melibatkan media selain bersedia bertemu dengan isteri kekasihnya supaya salah faham berkenaan dapat diselesaikan.

"Saya rasa selepas ini dia tidak perlu lagi menggunakan media untuk membuka aib dan ia patut diselesaikan secara tertutup antara saya dan dia sahaja.

"Malah, saya bersedia untuk berjumpa dengan wanita berkenaan bagi menjelaskan situasi sebenar namun saya tidak boleh masuk campur tentang urusan rumah tangga mereka berdua," jelasnya lagi. ~ astro

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top