Syamsul Yusof cari keredaan dalam perkahwinan
Syamsul Yusof yang selamat diijab kabul dengan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 29, Sabtu lalu, enggan mendedahkan butiran kisah cinta dan tempoh perkenalan mereka.
Syamsul yang ditemui selepas sah bergelar suami kepada pelakon Aduh Saleha tepat jam 10.30 pagi di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara itu, tidak peduli jika keputusannya berdiam diri tidak disenangi.
Ujar Syamsul, tidak semua perkara perlu dikongsi secara terbuka. Beliau lebih selesa merahsiakannya demi mengelak spekulasi.
"Saya bukan sombong. Tetapi mengenai perkenalan saya dengan isteri, rasanya biarlah ia menjadi rahsia kami. Lagipun saya tidak mahu mencampuradukkan antara kerjaya dengan peribadi.
"Daripada menimbulkan fitnah, lebih baik tidak perlu diberitahu tempoh perkenalan kami," katanya yang kelihatan masih lemah akibat menghidap demam denggi.
Kesihatan tidak menentu
Syamsul yang hanya dapat melayan pertanyaan media selama 15 minit sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Gleneagels, Ampang untuk rawatan lanjut, tidak menganggap penyakit yang menimpanya sebagai dugaan.
Sebaliknya, akui pengarah filem berbakat ini, mereka sekeluarga melihatnya sebagai hikmah.
Malah, Syamsul tidak menyangka pernikahan bersama Sarah berlangsung seperti dirancang. Ini kerana keadaan kesihatannya yang tidak menentu sejak dimasukkan ke hospital, Selasa lalu.
"Terus terang, saya pada mulanya tidak yakin pernikahan ini akan berlangsung. Oleh kerana tidak mahu menyusahkan keluarga, saya gagahi diri walaupun badan masih tidak sedap.
"Biarlah saya susah sedikit, asalkan tidak menyusahkan keluarga saya dan sebelah mentua. Cuma saya ingin memohon maaf kepada keluarga mentua kerana terpaksa menundakan majlis persandingan ke tarikh yang masih belum ditetapkan lagi," katanya.
Syamsul mengaku terpikat dengan Sarah kerana wanita itu mempunyai kualiti isteri solehah.
Sarah yakin suami mampu bimbing
Sarah yang kelihatan cukup gembira dalam persalinan rona putih, yakin Syamsul mampu membimbingnya menjadi Muslimah yang baik. Itulah yang membuatkan beliau nekad mengahwini jejaka itu.
"Saya mencari seorang lelaki yang mampu membimbing ke arah yang lebih baik. Dengan perubahan suami, saya yakin dia mampu membimbing saya.
"Alhamdulillah, saya langsung tidak menganggap kesakitan suami sebagai satu kesukaran atau dugaan. Sebaliknya, saya sentiasa berfikiran positif dan menganggap ini adalah latihan untuk saya menempuh frasa hidup sebagai seorang isteri," katanya yang sudah meninggalkan dunia lakonan sejak setahun lalu.
Syamsul mengaku beliau tidak menggalakkan isterinya berlakon. Malah, Syamsul gembira dengan keputusan Sarah yang kini bekerja sebagai pegawai pemasaran dengan sebuah butik.
Syamsul memberitahu, beliau lebih mengharapkan keredaan dalam rumah tangga daripada membiarkan isteri bergelumang dengan populariti.
Ditanya mengenai destinasi bulan madu, pasangan yang sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz, berhasrat menunaikan umrah pada Ramadan.
Bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam yang cukup gembira dengan fasa hidup baharu anak keduanya itu, dilihat gagal mengawal air mata pada majlis pernikahan, kelmarin.
Yusof kelihatan cukup sebak ketika Syamsul menunaikan solat sunat.
Ditanya apa yang membuatkan d irnya beg itu tersentuh, kata Yusof, sebagai bapa, tiada yang menggembirakan hati apabila melihat anaknya berumah tangga.
Selain mendoakan anak dan menantunya hidup bahagia, Yusof berharap dengan perkahwinan ini, hubungannya dengan Syamsul menjadi lebih baik. ~ BH

0 ulasan:
Catat Ulasan