Sinopsis drama Roboh , TV2

Drama Roboh mengisahkan adik-beradik, Ahsan dan Anas. Mereka juga adalah rakan baik Huda dan sentiasa menghadiri kelas agama di surau lama di bawah bimbingan Haji Ali. Di antara mereka, Ahsan paling rapat dengan Haji Ali yang tinggal sebatang kara.

Satu hari, Haji Ali meninggal dunia akibat demam teruk selepas cuba menyelamatkan surau itu dari roboh dipukul ribut.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Haji Ali sempat menulis wasiat dan amanahkan Ahsan menjaga surau itu.

Dituduh mementingkan Haji Ali dari ibu bapanya sendiri, Ahsan akhirnya dihalau dari rumah lalu dia menumpang di surau buat sementara waktu.

Tidak lama selepas itu, orang suruhan Haji Nordin, abang kepada arwah Haji Ali mengarahkan Ahsan mengosongkan surau itu kerana tapaknya akan digunakan untuk membina pusat komersial.

Bermula di situ, Ahsan sedaya upaya mempertahankan amanah Haji Ali, namun gagal apabila Haji Nordin menggunakan taktik kotor dengan membakar wasiat itu.

Malah ketika surau dirobohkan, tiada penduduk kampung datang membantu Ahsan sebaliknya menuduh pemuda itu bersalah.

Drama berjudul Roboh mengisi slot Selekta Prima TV2 pada setiap Khamis, mulai 3 April 2014 jam 9 malam dan menampilkan barisan pelakon Beto Kusyairy, Intan Nor Saina, Muniff Isa dan Almy Nadia.

Pengarah: AWan Azli Wan Jusoh

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top