Sinopsis Hantu Bukit Cina
Hantu Bukit Cina mengisahkan keadaan di sebuah perkampungan iaitu Kampung Bukit Cina. Pada awalnya kampung itu aman dan permai, namun di sebalik kedamaian itu tersimpan misteri yang tidak berani dikupas penduduk kampung. Atas nasihat Pak Tam (Kamarool Yusof), seorang penggiat makyung yang berasal dari Thailand, penduduk kampung menjauhkan diri dari Bukit Cina, tempat persemadian mayat kaum Cina yang terletak di pinggir kampung mereka. Akur nasihat Pak Tam yang selama ini banyak menolong penduduk kampung yang suka menderma dan mampu mengubati orang dirasuk, penduduk kampung menghormatinya.
Dukun ubat pesakit
Begitupun, Pak Tam bukanlah seorang dukun yang mengubat pesakit dengan cara serius seperti bomoh dan pawang lain. Pak Tam berimej seperti orang biasa dan apabila ada yang terkena sampuk, Pak Tam akan memberi air jampinya sambil menggunakan cara psikologi untuk mententeramkan pesakit. Setiap pesakitnya didapati terkena sampuk hantu Bukit Cina, lantas Pak Tam menasihati pesakitnya dan orang kampung agar tidak pergi ke bukit itu. Pada masa sama, sebuah kolej seni dari Kuala Lumpur mengadakan rombongan sambil belajar ke Kelantan untuk menyaksikan satu persembahan seni tari. Sandra, Luna dan Josephine atau Jo ketinggalan bas rombongan kerana mereka terlewat bangun.
Gangguan di khemah
Ketika itu, guru vokal mereka, Zach mahu ke Sungai Kelantan dengan kawan baiknya Ken untuk memancing. Kenderaan dipandu Ken tiba-tiba rosak. Mereka terpaksa berkhemah di situ sementara menunggu mekanik datang membaiki keesokannya. Pada malam itu, ada gangguan di perkhemahan mereka. Jo tidak selesa dengan sikap aneh Ken lalu mengesyaki semua angkara itu adalah perbuatan Ken, sedangkan mereka tidak tahu sedang berada di Bukit Cina.
Info Hantu Bukit Cina
* Filem: Hantu Bukit Cina
* Pengarah: TS Jeffry & Norliza Ismail
* Genre: Seram Thriller Komedi
* Penerbit: Sheunik Sdn Bhd/Pentas Wayang Sdn Bhd
* Pelakon: Fouziah Gous, Siti Fazurina, Gambit Saifullah, TS Jeffry, Kamarool Yusof, Amir Raja Lawak

0 ulasan:
Catat Ulasan