Keadaan Syamsul Yusof semakin baik, Doakan Dia Sihat Sebelum Nikah – Datuk Yusof Haslam
Pengarah dan pelakon Syamul Yusof telah dimasukkan ke hospital pada Isnin lalu kerana demam denggi.
Menurut Yusof Haslam, Syamsul dibawa ke hospital oleh isterinya Datin Patimah Ismail selepas mengadu sakit kepala dan suhu badan yang panas selepas dua hari mengalami demam teruk.
“Pada mulanya doktor hanya mengesyaki dia terkena demam denggi, namun selepas sampel darah diambil Syamsul disahkan menghidap denggi.
“Alhamdulillah selepas mendapat rawatan selama beberapa hari ini di Pusat Perubatan Gleneagles, dia semakin pulih.
“Sama-sama kita doakan Syamsul keluar dari hospital sebelum tarikh pernikahannya pada Sabtu, 8 Mac ini,” katanya ketika dihubungi pada pagi Rabu.
Dalam pada itu beliau sempat berseloroh mengenai gurauan Syamsul mahu bernikah di hospital sekiranya masih belum sembuh menjelang hari pernikahannya.
“Harap-harap tak adalah kena bernikah di hospital, banyak benda nak kena bawa nanti,” katanya ketawa. ~ Astro

0 ulasan:
Catat Ulasan