BIARPUN pembedahan plastik menjadi trend di kalangan selebriti, namun perkara tersebut ditolak beberapa selebriti seperti pelakon jelita Indonesia, Cinta Laura.

Kata Cinta, dia tidak bersetuju dengan segelintir artis yang sanggup membuat pembedahan plastik untuk menjadikan diri mereka lebih cantik.

“Saya sangat tidak setuju dengan orang yang melakukan pembedahan plastik kerana mahu menjadi lebih cantik,” katanya seperti dipetik dari Inilah.com.

Bagaimanapun kata Cinta, dia tidak menolak jika pembedahan plastik dilakukan jika berlaku situasi tertentu seperti kemalangan.

“Jika pembedahan tersebut dibuat akibat berlakunya kemalangan, ia tidak menjadi masalah.

“Tetapi sekiranya sekadar ingin membuat rahang, membesarkan payudara, menjadikan hidung lebih mancung kerana mahu nampak cantik, ia akan mendatangkan kesan sampingan dan amat bahaya," tuturnya.





0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top