Setelah berlangsung selama 9 musim, program realiti Akademi Fantasia akhirnya melabuhkan tirainya apabila peserta yang pernah disingkirkan di Konsert Prelude AF4, Hazama muncul sebagai Juara.

Hazama yang mempersembahkan single terbarunya yang berjudul Cinta Teragung membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200,000 beserta trofi.



Hazama berjaya mengumpul 45% undian SMS, manakala gelaran Naib Juara diraih Lena (28% undian), tempat ketiga Fina (15% undian) dan tempat keempat Azri (12% undian).

Turut muncul membuat persembahan ialah peserta tersingkir dan bekas Juara AF seperti Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy dan Hafiz.

Dihoskan oleh Aznil Hj Nawawi, Sarimah Ibrahim, AC Mizal dan Jimmy Shanley, Konsert Akhir Akademi Fantasia 9 berlangsung di Dataran Putrajaya dan disiarkan secara langsung di Saluran Astro RIA.

Maka berakhirlah episod Akademi Fantasia yang telah mencetuskan fenomena luar biasa sejak mula disiarkan pada tahun 2003.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top