Ingin melihat selebriti-selebriti kesayangan anda memasak hidangan yang lazat dan istimewa? Serta dapur bertukar kecoh tatkala selebriti-selebriti menjadi kelam kabut menyediakan hidangan apatah lagi jika masakan yang diminta bukan kepakaran mereka! Saksikan pelbagai aksi mencuit hati para selebriti menerusi program Dapur Selebriti Knorr yang dibawakan oleh Unilever Foods (Knorr, Planta, Lipton, Lady's Choice).
Terbitan dan konsep oleh Red Communications, Dapur Selebriti Knorr dihoskan oleh Sheila Rusly dan akan menemui penonton TV3 mulai 10 Jun 2011, setiap hari Jumaat, jam 6.00petang selama 12 episod. Sheila Rusly bukan sahaja merupakan seorang pengacara yang versatil, pelakon dan pelawak, malah bakatnya di dapur juga tidak kurang hebatnya!
Seramai 60 selebriti tanahair seperti pasangan Khai dan Rosma, AC Mizal dan Emylia Rosnaida, Rozita Che Wan, Dira Abu Zahar, Zizan Nin, Elaine Daly, Carmen Soo, Shasha Saidin dan Zain Saidin, Linda Rafar dan Diana Rafar, kumpulan Estranged, Meet Uncle Hussein, Mohd Mentor, Adi Mentor, Tomok, Vince Chong, Susan Menon serta Kenchana Devi.

Mereka ini merupakan antara yang terlibat untuk menjayakan program ini dan bersedia untuk berentap demi merebut gelaran juara Dapur Selebriti Knorr yang akan dipaparkan setiap minggu.
Menurut Encik Quah Seng Khie, Pengurus Jenama, Pemasaran Makanan, Unilever Malaysia, "Unilever ingin memberi inspirasi kepada suri rumah Malaysia dengan memberi idea, penyelesaian dengan memperkenalkan kaedah memasak yang ideal melalui program Dapur Selebriti Knorr.
"Selain itu, kami juga mahu mengeratkan pertalian keluarga melalui prinsip 'keluarga yang makan bersama, akan kekal bersama'. Program ini turut memberi perspektif kepada konsumer mengenai cara-cara memasak hidangan yang lazat dengan penggunaan masa yang efektif. Kepelbagaian rangkaian barangan Unilever sangat versatil dalam penyediaan hidangan makanan harian."

Setiap episod Dapur Selebriti Knorr akan menampilkan tema yang berbeza seperti 'Hidangan Seisi Keluarga' di mana selebriti perlu menyediakan hidangan lengkap yang berkhasiat dari pembukaan selera sehinggalah pencuci mulut untuk seisi keluarga. Dalam 'Ikan oh Ikan!' pula, para selebriti diminta menangkap ikan sendiri untuk dimasak.
Terdapat juga paparan episod di mana selebriti hanya dibenarkan menggunakan kayu api dan tanpa kemudahan memasak elektrik untuk menyediakan hidangan. 6 selebriti akan dibahagikan kepada 3 pasangan untuk memasak mengikut tema minggu tersebut. Pasangan selebriti yang mengumpul jumlah markah terendah dalam Cabaran Memasak Pertama akan disingkirkan manakala dua pasangan yang meraih markah tertinggi akan terus bersaing dalam Cabaran Memasak Kedua untuk merangkul gelaran juara Dapur Selebriti Knorr pada episod tersebut.
Uniknya, satu daripada hidangan pemenang dari setiap episod akan dipilih untuk dihasilkan dan ditawarkan di Secret Recipe. Terdapat sekurang-kurangnya 10 hidangan yang akan dikeluarkan secara berperingkat setiap bulan, bermula dari 13 Jun 2011.
"Semestinya rakyat Malaysia akan terhibur menonton program ini di TV3, dan teruja untuk berpeluang mencuba masakan sebenarnya di lebih daripada 200 cawangan rangkaian kafe kami. Projek ini amat bermakna kerana sebahagian daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada perbadanan amal yang dekat kepada hati selebriti- selebriti ini.
"Oleh itu, jangan terlepas peluang ini untuk merasa ciptaan selebriti-selebriti kesayangan anda, di samping menyumbang kepada badan kebajikan," kata Dato' Steven Sim, Ketua Pengarah Eksekutif Secret Recipe Cakes & Café Sdn Bhd.
Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama, TV3 & TV9, Puan Nurul Aini Abu Bakar, "Selain menepati citarasa penonton TV3, Dapur Selebriti Knorr mempunyai keunikannya sebagai sebuah program realiti hiburan yang melibatkan ramai selebriti popular tanahair untuk bertanding memasak.
"Lebih menarik, pasangan selebriti yang menang akan menyalurkan hasil jualan resipi masakan mereka untuk tujuan kebajikan. Kami berharap agar mendapat sambutan baik daripada penonton TV3 kerana pelbagai resipi baru dapat dikongsi."
Jangan lupa saksikan Dapur Selebriti Knorr, setiap Jumaat bermula 10 Jun 2011, jam 6.00petang, di TV3. Mesti Kecoh, Pasti Sedap!
0 ulasan:
Catat Ulasan