Lirik Lagu Hatiku Hanyalah Cawan -Tomok OIAM

Aku hanyalah manusia
Punya pelbagai perasaan
Riang, duka, marah, suka
Ada dosa dan pahala

Dan hatiku hanyalah cawan
Mempunyai batas tampungan
Berlebihan, bertumpahan
Ditangkupkan, kekeringan

Yang aku mahu biarlah dimengertikan
Sudut pandanganku dan tabiat kelakuan
Andai ada ruang kuluahkan perasaan
Pasti nanti lebih tenang ikatan engkau dan aku

Mungkin juga terlalu dalam
Aku tenggelam dalam diri
Sehingga tak sampai cahaya
Apalagi rangkulanmu

Yang aku mahu biarlah dimengertikan
Sudut pandanganku dan tabiat kelakuan
Andai ada ruang kuluahkan perasaan
Pasti nanti lebih tenang ikatan engkau dan aku
Ikatan engkau dan aku
Ikatan engkau dan aku

Pasti ada masanya kau pun tak ku mengerti
Katakanlah padaku, undurlah selangkah
Untuk melihat jelas, untuk menyingkap batas
Yang menghalang dan menghadang pandanganku

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top