AKARTA: Bekas Isteri Ahmad Dhani, Maia Estianty sudah memperkenalkan lelaki baru dalam hidupnya iaitu Matteo Guerinoni kepada tiga cahaya matanya iaitu Al, El dan Dul.

Maia dikhabarkan mempunyai hubungan rapat dengan usahawan yang juga pelumba motor berkuasa besar itu dan sering kelihatan bersama.

Jelas seorang teman baiknya, Umi Nung, Maia sudah memperkenalkan Metto kepada ketiga anak-anaknya itu.

“Semua orang yang rapat dengan Maia biasanya akan dikenalkan dengan anak-anaknya termasuklah Metto,” tuturnya.

Bagaimanapun, Umi memberitahu hubungan rapat antara Maia dan Metto hanyalah sekadar rakan perniagaan sahaja.

“Maia dan Metto hanya teman bisnes sahaja. Metto seorang yang sangat komited dengan perniagaannya. Dia ada rangkaian kedai makanan.

“Dia berasal dari Itali. Jadi Maia ingin menimba ilmu perniagaan tersebut dan menjadi rakan kongsinya,

“Jika mereka mempunyai hubungan istimewa sudah tentu saya tahu, kerana Maia bukan jenis yang berahsia,” katanya.





0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top