Bezanya dalam musim ini, 10 peserta atau pasangan Mari Menari akan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan akan dilatih oleh seorang jurutari professional yang akan melatih mereka menjelang malam Mari Menari. Selamat kembali diucapkan kepada 2 jurutari kegemaran ramai, Ray dan Belalang. Pastinya persaingan kali ini bertambah sengit dengan cabaran-cabaran yang baru serta langkah-langkah yang sudah pastinya memukau anda di rumah.
Nantikan kemunculan Mari Menari di Astro Ria pada Jun ini. Dapatkan maklumat terkini Mari Menari melalui laman sosial Facebook Mari Menari di http://www.facebook.com/MariMenari dan laman sosial Twitter Mari Menari di http://twitter.com/MariMenari.

0 ulasan:
Catat Ulasan