Personaliti Rina Omar selamat melangsungkan pertunangan dengan Jeremy M. Smith atau pun Muhammad Al-Amin Jeremy bin Abdul Aziz, seorang penerbit dengan KRU Studios.

 

Pasangan itu melangsungkan pertunangan pada 11 June lalu dalam satu majlis ringkas yang diadakan secara tertutup di rumah keluarga pihak perempuan di Petaling Jaya. Lebih 60 saudara dan sahabat terdekat kedua belah pihak hadir memeriahkan majlis pertunangan tersebut termasuk keluarga Al-Amin yang terbang dari Atlantan, Georgia.

Rina Omar 01 148918792

Bertemakan "Pretty In Pink", busana Rina direka John Paris dari Conteng Boutique. Pihak Al-Amin membawa lima dulang hantaran termasuk tepak sirih, sebentuk cincin, sepersalinan pernikahan, kek cawan dan coklat. Manakala pihak Rina membalas tujuh dulang hantar yang terdiri daripada tepak sirih, sepersalinan pernikahan, songkok/sampan, kek cawan, manisan dan coklat.

 

Pasangan dijadualkan melangsungkan majlis pernikahan pada awal Disember depan di Kuala Lumpur.

Rina Omar 02 559589626

Tahniah GUA ucapkan buat Rina Omar & Muhammad Al-Amin Jeremy.






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top