Menariknya, pada Sabtu ini, MM2 akan menyaksikan persaingan di antara 5 pasangan peserta yang berada di bawah kumpulan A yang diketuai oleh ketua jurureka tari, Ray Redzuan Awang atau Ray, 32.
![]() |
| Ray Redzuan Awang atau Ray |
Kesemua 5 pasangan peserta tersebut terdiri daripada MM Nora, MM Ummi, MM Bibi, MM Azlin dan MM Sarah.
Apa yang pasti setiap pasangan peserta ini akan mendapat tunjuk ajar daripadajurureka tari masing-masing iaitu terdiri Mali, Boy, Miza, Rudi, dan Alif selain pemantauan daripada ketua jurureka tari mereka sendiri iaitu Ray.
Bertemakan Extravaganza yang telah pun ditetapkan oleh pihak produksi pada minggu pertama MM2, Ray berkata, dia akan memastikan lebih banyak gimik yang ditonjolkan bagi menarik perhatian pihak juri serta penonton kelak.
"Semua kumpulan akan memlilih lagu Melayu untuk tema ini. Apa yang saya difahamkan, tema extravaganza ini haruslah diterapkan dengan unsur kontemporari biarpun ianya sedikit moden. Saya akan pastikan ada unsur gemalai dalam setiap tarian mereka.
"Paling penting, untuk pertandingan realiti TV seperti ini, saya akan tonjolkan lebih banyak gimik untuk menarik perhatian juri dan penonton. Saya lebih suka terapkan mood dalam tarian suapaya ianya tidak nampak seperti show biasa," jelasnya kepada murai.com.my
Tambah Ray lagi, sebagai ketuajurureka tari bagi setiapjurureka tari dan pasangan peserta, dia akan memantau progress mereka dari semasa ke semasa bagi memastikan persembahan setiap pasangan peserta tidak lari daripada adab-adab siaran televisyen.
"Saya selalu berbincang dan berjumpa dengan kareografer mahupun pasangan peserta. Selalunya setiap hari Isnin saya akan berbincang mengenai idea yang mereka mahu lakukan untuk persembahan setiap minggu.
"Kemudian pada hari Rabu, saya sudah mula turun padang untuk berjumpa dengan mereka dan meilihat bagaimana hasil dan perkembangan persembahan yang mereka mahu persembahkan pada hari Sabtu.
"Dari situ, saya akan mula memberi nasihat dan idea untuk mereka improve dan sesuaikan persembahan mereka untuk tayangan atau siaran televisyen. Yelah, mereka perlu tahu adab bersiaran dan bagaimana cara untuk tackle penonton," tambahanya lagi.
Selepas selesai persembahan dari kumpulan jurureka tari Ray pada hari Sabtu ini, akan menyusul pula persembahan dan pertandingan antara pasangan peserta daripada jurureka tari daripada Kumpulan B yang diketuai oleh Belalang pula pada hari Ahad.
Begitupun akan ada penyingkiran pada setiap minggu daripada kumpulan masing-masing, sebelum juara pasangan peseta Kumpulan A bertemu dengan juara pasangan Kumpulan B dan ianya bergantung pada undian pesanan ringkas (SMS) yang mereka perolehi.
Bagaimanapun, episod pengenalan MM2 akan mula bersiaran pada 17 Jun ini, bermula jam 9 malam di Astro Ria. Manakala Siaran Langsung MM2 akan bersiaran setiap Sabtu dan Ahad bermula 18 Jun ini pada jam 9 malam di Astro Ria.

0 ulasan:
Catat Ulasan