Aznil kembali dengan Lagi Riuh Macam-Macam Aznil

Program Lagi Riuh Macam-Macam Aznil yang diwujudkan semula selepas berehat selama enam tahun, Aznil berkata, rancangan yang diberikan nafas baru dengan segmen lebih menarik dan terkini itu diadakan bukan saja atas permintaan penonton, sebaliknya bagi menambat kembali hati juri anugerah. Sebelum ini, rancangan itu pernah meraih pelbagai anugerah pada peringkat tempatan dan luar negara.

"Kita selitkan segmen imbas kembali, ada live band dan turut mengundang orang ramai yang minat menyanyi serta berbakat untuk membuat persembahan dalam program ini.

"Program ini masih relevan untuk tontonan seisi keluarga. Dengan adanya segmen terbabit, diharap ia dapat menarik lebih ramai penonton menyaksikannya mampu mengembalikan rating seperti sebelum ini," katanya.

Program yang bersiaran setiap Khamis, jam 9 malam, di saluran Astro Ria dan Mustika HD bermula semalam menampilkan segmen Pembukaan, Baling Belakang, Macam Comel Je, Cuba Try Test dan Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top