“Saya tak pernah bercinta dengan Akim dan tak bersedia nak kahwin. Ada salah faham dalam laporan akhbar terbabit," jelas Stacy mengenai laporan akhbar tempatan (bukan Sinar Harian) yang mengatakan dia dan Akim sudah lama menjalinkan hubungan cinta dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Menurut Stacy  sehingga kini dia dan Akim berkawan rapat. Bagaimanapun ia bukan bererti mereka bercinta.
Stacie Angie Anam

“Memang sudah lima tahun kami berkawan, tapi bukan bercinta. Kami juga tidak akan ke fasa seterusnya kerana saya masih belum memikirkan soal kahwin. Saya baru 23 tahun. Masih panjang lagi masa untuk saya berfikir sejauh itu.

“Saya memang rapat dengan Akim, cuma sekarang, masing-masing sibuk dan kami sudah lama tak berhubung. Tapi akan berkomunikasi melalui telefon sahaja,” tutur gadis pulau Borneo ini berhati-hati bimbang salah faham berulang.

Mengulas mengenai kesediaannya memeluk agama Islam, Stacy berkata : "Saya belum bersedia tetapi sangat mengagumi agama Islam, apatah lagi saya banyak bergaul dengan mereka yang beragama Islam.

“Perkara ini sensitif. Saya tak berani nak cakap lebih-lebih apatah lagi melibatkan hal agama. Tapi kalau satu hari nanti ditakdirkan saya memeluk Islam, saya akan buat dari hati saya. Ia tidak melibatkan sesiapa,” katanya. ~ SH

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top