MLM 2013 sudah masuk minggu kelapan dengan beberapa keputusan dan kejutan sepanjang ianya bersiaran sejak di minggu pertama. Para peminat juga sudah mula menilai prestasi persembahan setiap kumpulan.

Antara yang menjadi tumpuan di MLM 2013 adalah persembahan kumpulan Shiro yang sering dinanti-nantikan para penonton. Persembahan mereka sungguh menghiburkan dengan idea yang bersahaja dan tidak meleret. Persembahan mereka dilihat peningkatan sehingga mendapat pujian daripada pihak juri dan para penonton sendiri.


Lebih mengejutkan kini kumpulan Shiro berjaya memintas kumpulan Sepahtu dan Nabil menerusi kedudukan undian terkini.

Lain pula yang berlaku dalam kumpulan Sepahtu untuk  edisi MLM kali ini. Ramai yang mula mempertikaikan kemampuan Sepahtu yang sedia maklum sudah menjadi tumpuan minggu pertama MLM 2013 bermula.

Sepahtu bukan lagi nama asing dalam dunia komedi masakini dengan populariti dan kehebatan Jep dan Shuib selain pernah menjuarai program Maharaja Lawak pada tahun 2011 dengan barisan pelawak yang hampir sama kecuali Sepahtu kini mempunyai anggotai kumpulan yang baru iaitu Rahim dari kumpulan R2.

Ada diantara peminat kumpulan Sepahtu sangat kecewa dengan persembahan kumpulan ini yang dilihat sedikit merudum dari minggu ke minggu. Persembahan mereka dilihat seperti tidak bersedia dan cukup menghampakan bagi mereka yang sering tertunggu-tunggu kemunculan mereka setiap minggu di gelanggang MLM 2013.

Mungkin Sepahtu mempunyai alasan kukuh mengapa mereka dilihat tidak konsisten dari minggu ke minggu memandangkan kumpulan yang bertanding turut hebat dan mempunyai kelebihan dan kekuatan yang tersendiri.

Adakah minggu kelapan bakal menyaksikan kebangkitan semula kumpulan Sepahtu? Apakah pandangan anda tentang situasi di MLM 2013? Sebagai salah seorang penonton MLM 2013 pasti anda mempunyai pandangan yang berbeza.

Apa pun terus menyokong dan mengundi kumpulan kegemaran anda di MLM 2013 untuk memastikan kumpulan yang betul-betul layak terus berada bersaing merebut gelaran juara MLM 2103. Program Maharaja Lawak Mega 2013 dihoskan oleh Dato’ Ac Mizal dan bersiaran setiap hari Jumaat bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top