Sinopsis Bravo 5 

Filem Bravo 5 berlatarkan tahun 1989 mengisahkan lima anggota Komando (Rejimen Gerak Khas) ditugaskan mengesan kedudukan gerila komunis yang merancang menguasai kedudukan strategik kawasan tengah Semenanjung Malaysia. Kawasan tengah semenanjung dijadikan lokasi menawan Malaysia dengan perjuangan bersenjata.

Lima komando terbabit berjaya mengesan kem dan kedudukan musuh serta perancangan sulit mereka. Tetapi, malangnya perhubungan terputus kerana set komunikasi rosak. Tanpa bantuan pasukan tentera lain yang sepatutnya tiba, mereka bertempur melawan hampir 200 anggota gerila komunis. Sebelum pertempuran bermula, mereka ada menulis wasiat.


Filem ini dipetik daripada kisah benar melalui Diari Misi Komando. Dahulunya ia adalah rahsia sulit ATM dan kini dipaparkan untuk sama-sama rakyat Malaysia fikir dan menilai sendiri sumbangan mereka yang terbabit

Filem Bravo 5 diterbitkan Karya Prima Production Sdn Bhd  dan diarahkan M Hitler Zami, manakala skripnya karya Mejar Zainal Hayat yang menampilkan lakonan mantap Remy Ishak, Beto Kusyairy, Sofi Jikan, Shashitharan, Xavier Fong dan Normah Damanhuri.

1 ulasan:

  1. bila nak keluar filem ni..da 2015 da ni bos..xkan strategi marketing makan tahun bos

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top