MLM 2013: SYJ tersingkir minggku ke-11

Kumpulan SYJ diumumkan sebagai peserta yang tersingkir di minggu kesebelas MLM2013 malam tadi.

Dianggotai oleh pelawak otai, Yassin bersama Jihan dan Shuk, SYJ terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada MLM2013 apabila salah seorang juri tetap iaitu Nora Danish mengumumkan nama mereka sebagai peserta yang tersingkir.

Dengan penyingkiran SYJ, maka tinggal lagi lima peserta untuk berentap di minggu separuh akhir pada minggu hadapan sebelum MLM2013 melabuhkan tirainya dengan gelanggang akhir dua minggu dari sekarang.

Terdahulu, persembahan minggu kesebelas MLM2013 telah berlangsung dari Dewan Wawasan Jitra, Kedah di mana minggu ini setiap peserta harus membuat persembahan berdasarkan dua tema iaitu `Silent Comedy` dan Karoot Komedia.

Kumpulan Karoot Komedia bersama tukang karut Sabri Yunos turut tampil untuk membuat persembahan istimewa pada minggu ini manakala Shuib Sepahtu pula telah dipilih sebagai `Man of The Match`.

Untuk minggu separuh minggu hadapan, MLM2013 akan bersiaran dari Dewan MBJB, Johor Bahru dan pastikan anda turun beramai-ramai ke sana untuk menyaksikan siapakah dikalangan Nabil, Bocey, Jambu, Sepahtu dan Shiro yang akan melangkah ke final. Teruskan melayari www.maharajalawakmega.com  untuk mengetahui perkembangan MLM2013 pada minggu hadapan.

Juara Maharaja Lawak Mega 2013 akan membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM250,000 dan RM150,000.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top