Sinopsis Besan Tiga Segi

Besan Tiga Segi mengisahkan ibu bernama Rafeah (Kartina) dan suaminya Shafie (Fendi) yang memiliki empat anak yang sudah dewasa. Anak pertamanya, Shah Zaman (Hairi) berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia tiga tahun. Dia dan isterinya bekerja makan gaji di jabatan kerajaan. Kehidupan mereka sederhana saja.

Anak keduanya Shah Irwan (Shah), bekerja sebagai pembantu juruterbang dengan syarikat penerbangan nasional dan masih bujang. Dia tidak menunjukkan tanda untuk menamatkan zaman bujangnya dalam tempoh terdekat. Manakala anak ketiga, Syaimalia (Sheiqa) baru saja mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan muda. Suaminya Reyzal (Afzan), berasal daripada keluarga yang berada.

Reyzal bagai jatuh di dalam gudang beras. Setiap yang diminta, pasti dipenuhi ibu bapanya. Begitu juga dengan perniagaan yang dimilikinya kini. Semuanya dijana oleh ibu bapanya. Sementelah lagi dia hanya mempunyai seorang adik lelaki. Anak bongsu Rafeah dan Shafie, Syahida (Ezzaty) baru saja memulakan pekerjaan di firma kewangan.

Syahida masih tinggal dengan ibu bapanya kerana risaukan mereka sunyi tinggal berdua. Shah Irwan juga tinggal bersama keluarga. Namun disebabkan tugasnya yang membawa dia keluar negara, masanya di rumah agak terhad. Jadi, dia menyerahkan tanggungjawab itu tersebut kepada Syahida selagi dia belum berumahtangga.

Seluruh ahli keluarga Rafeah gemar berjenaka terutama suaminya, Shafie. Setiap kali mereka berkumpul pasti ada saja agenda yang akan menggamatkan suasana rumah keluarga ini. Bagaimanapun dengan sikapnya itu, dia didekati Teh, seorang tukang masak di restoran Ben Ali yang berasal dari Yala. Mereka menjalinkan hubungan sehingga membuatkan Puan Rafeah marah dan menghalau Teh balik.

Besan Tiga Segi terbitan Zeel Production yang menemui penonton pada setiap Isnin dan Selasa menerusi slot Senda Pagi TV3 bermula 6 Januari 2014

Pelakon: Kartina Aziz (Rafeah), Fendi Seman (Shafie), Razak Ahmad (Khairul), Zulkifli Ismail (Samad), Khatijah Tan (Siti Sarah), Aznah Hamid (Kartina), Hairi Safwan (Shah Zaman), Ezzaty Abdullah (Shahida), Shah Tapaw (Shah Irwan), Balkisyh Semundur Khan (Zarina), Sheiqa Satar (Syaimalia), Afzan A Rahman (Reyzal).

Penerbit: Zeel Production Sdn Bhd Penerbit

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top