Sinopsis Atan dan Atoi

Telefilem komedi Atan dan Atoi mengisahkan Atan yang terlalu taasub untuk menjadi anggota polis, tetapi sering gagal dalam temu duga polis.

Pada suatu hari, nasibnya berubah apabila dia berdepan dengan sekumpulan penculik ketika mencari kucing kesayangan ibunya, Atoi yang hilang dalam jagaannya.

Walaupun pada mulanya Atan tidak suka kepada Atoi kerana cemburu ibunya memanjakan Atoi lebih daripada dirinya. Dia tetap bergandingan dengan Atoi dalam usaha menyelamatkan Qistina, kanak-kanak yang diculik sindiket terbabit. Berjayakah Atan dalam misinya dengan hanya bantuan seekor kucing?


Barisan pelakon yang menjayakan telefilem ini ialah Shahrul Shiro, Khatijah Tan, Hamid Gurkha, Ifa Raziah, Pekin Ibrahim dan pelakon cilik, Puteri Nuriesyafiera.

Telefilem komedi Atan dan Atoi terbitan Zeel Production akan menemui penonton TV9 pada pada 27 Januari 2013 sempena sambutan Maulidur Rasul.



0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top