Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Datuk Dr. Johari Mat hari ini dipilih sebagai anggota Dewan Negara yang baru bagi mewakili Kelantan berkuatkuasa 7 Julai ini.

Dr. Johari dipilih menggantikan Ahmad Rusli Ibrahim yang telah tamat penggalnya sebagai senator.

Pemilihan Dr. Johari itu dicadangkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di sini yang kemudiannya disokong oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yakob.

Seorang lagi senator yang mewakili Kelantan ketika ini adalah seorang peguam wanita, Mumtaz Md. Nawi yang juga Naib Ketua Dewan Muslimah Pas Pusat. - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top