Kempen kedua berkenaan bermula hari ini sehingga 27 Jun.
"Kami memulakan kempen kedua ini bagi memberi peluang kepada penumpang kami untuk ke luar negara dengan pesawat A330-300, bagi destinasi terpilih, mengggunakan kelas perniagaan untuk destinasi domestik, serta menikmati diskaun sehingga 75 peratus,” kata Naib Presiden Kanan Serantau (Jualan), Azman Ahmad pada taklimat media di sini hari ini.
Beliau optimistik empat juta tempat duduk bagi tawaran berkenaan akan direbut semasa tempoh itu berdasarkan kepada sambutan yang menggalakkan pada kempen sulung lima hari yang diadakan pada 13 Mei, cuti akan datang dan tempoh perjalanan lebih panjang sehingga Mei 2012.
Sebanyak 144 destinasi ditawarkan di bawah kempen berkenaan dan bakal penumpang dijangka memilih destinasi jangka panjang berbanding sektor serantau yang memberi tumpuan kempen pertama.
Tawaran ini ditawarkan oleh semua saluran pengedaran MAS seperti laman web www.malaysiaairlines.com; flymas.mobi on mobile; MHbuddy on facebook; pejabat tiket MAS dan ejen perjalanan yang dilantik. – Bernama
0 ulasan:
Catat Ulasan