"Apa yang disarankan kelab itu tidak mencerminkan kedudukan serta tidak menepati kehendak majoriti kaum wanita di negara ini,” katanya kepada pemberita di sini.
Katanya, sebagai sebuah kelab yang disertai wanita Islam, kenyataan yang dikeluarkan penerajunya itu juga boleh menimbulkan tanggapan negatif negara asing terhadap kedudukan wanita di negara ini.
"Kita sebagai pemimpin yang beragama Islam seharusnya berhati-hati ketika mengutarakan sesuatu pendapat (tentang hukum Islam) kerana ia akan memberi pandangan yang mengelirukan (sekiranya disalah tafsir),” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden kelab itu, Dr Rohaya Mohamed yang baru-baru ini menyarankan kepada golongan isteri agar patuh dan memberi layanan seperti ”pelacur kelas pertama” kepada suami.
Mengulas mengenai laporan sebuah akhbar bahawa wanita berumur bawah 30 tahun rela berpoligami, Shahrizat berkata, ia satu laporan yang tidak tepat.
"Rata-rata golongan ini tidak bersetuju untuk berpoligami kerana kebanyakan mereka ini berpendidikan dan berkerjaya,” katanya. – Bernama
0 ulasan:
Catat Ulasan