Di bawah inisiatif ini, pengguna-pengguna yang layak akan diberikan rebat sebanyak RM200 bagi peti sejuk baharu dan RM100 bagi alat penyaman udara.
Kedua-duanya merupakan barangan kegunaan isi rumah, manakala penyejuk adalah bagi kegunaan komersial.
Pengumuman tentang rebat itu akan dibuat pada 7 Julai.
Ini dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Loo Took Gee, pada Taklimat Kemas Kini Kemajuan ETP Enam di sini hari ini.
Inisiatif yang dibiayai kerajaan ini adalah sebahagian daripada SAVE atau program ’Sustainability Achieved via Energy Efficiency’ (Kelestarian yang Dicapai Melalui Kecekapan Tenaga) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk meningkatkan kecekapan tenaga di Malaysia melalui lima inisiatif.
Ini menyebabkan kerajaan menanggung kos sebanyak RM50.2 juta pada 2011. – Bernama
0 ulasan:
Catat Ulasan