Lantai tari program realiti, Mari Menari Musim Ke-2 (MM2) telah pun membuka tirainya pada Sabtu dan Ahad lalu. Pasangan MM Ummi yang mewakili kumpulan Ray serta MM Wan dari kumpulan Belalang menjadi pasangan sulung tersingkir dari MM2.

Jelas Hairul yang mewakili MM Ummi, menjadi pasangan pertama tersingkir diterimanya dengan hati yang terbuka dan yakin kekurangan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) punca penyebab dia dan kakaknya Ummi tersingkir.


"Tirai MM2 dimulakan pada hari Jumaat dan Sabtu kami dah bermula persaingan. Ramai orang tak tahu mengenai program ini dan tak ramai yang mengundi kami. Tapi bagi saya semua ini rezeki dah tertulis kami setakat ini jadi kalau tak terkeluar pada minggu pertama, mungkin minggu kedua atau ketiga," katanya kepada portal murai.com.my mengulas mengenai penyingkirannya itu.

Kata Hairul lagi, juri professional iaitu Joseph Gonzalez menjelaskan tidak dapat melihat tarian dalam persembahan mereka namun dirinya dan Ummi telah pun memberikan persembahan mengikut apa yang diajar oleh koreografer.

"Joseph kata dia tak nampak tarian dalam persembahan kami. Tapi kami telah bagi apa yang diajar oleh koroegrapeher kami. Itu yang diajar itulah yang diberi kepada umum," katanya yang bekerja sebagai penarik kereta.

Sementara itu, bagi Wan yang mewakili MM Wan, mengakui terkilan dengan penyingkiran tersebut namun berpuas hati kerana keluar secara bermaruah setelah memberikan sebuah persembahan yang mantap.

"Saya dan adik, Azirah telah memberikan sebuah persembahan yang terbaik pada malam itu. Meskipun kami terkeluar kami berpuas hati kerana keluar secara bermaruah. Meskipun Joseph mengatakan props yang kami guna tak sesuai dengan tarian tapi kami rasa kami dah bagi yang terbaik. Malah ramai yang memuji persembahan kami jadi walaupun terkeluar saya tak rasa ralat dengan penyingkiran tersebut," katanya yang merupakan penari sambilan.

Menyambung perbualan Wan berkata, persaingan dalam MM2 sememangnya hebat. Malah ada antara peserta yang memang mempunyai pengalaman menari lebih lama daripada dirinya.

"Memang sudah menjadi rezeki kami setakat ini sahaja. Jadi saya dan adik tetap reda. Mungkin bukan rezeki kami dalam program ini tapi saya yakin rezeki saya ada di tempat lain," jelasnya.

Dengan penyingkiran dua pasangan tersebut kini hanya tinggal lapan lagi pasangan yang berpeluang untuk merebut gelaran juara MM2 iaitu MM Nora, MM Faiz, MM Azlin, MM Nita, MM Sarah, MM Razman, MM Mizi dan MM Bibi.

Kesemua pasangan diadili menerusi 50 peratus undian SMS dan 50 peratus lagi melalui juri professional. Murai.com.my merupakn portal rasmi program tersebut. Siaran langsung MM2 bersiaran setiap Sabtu dan Ahad jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104 Astro).

~ Murai

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top