Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (Larangan) Kumpulan Wang Kutu (Pindaan) 2011 yang memperuntukkan tindakan lebih tegas terhadap syarikat penganjur perniagaan skim kutu.

Rang undang-undang yang dikemukakan pada sesi persidangan Mac lepas itu memperuntukkan denda sehingga RM500,000 iaitu 100 kali ganda lebih tinggi daripada sebelum ini menanti mana-mana syarikat yang menganjurkan perniagaan skim kutu.

Pindaan rang undang-undang itu juga bertujuan menaikkan tempoh pemenjaraan maksimum daripada tiga tahun kepada 10 tahun bagi kesalahan sama.

Ketika menggulung perbahasan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob menjelaskan, akta itu tidak tertakluk penganjur-penganjur kutu yang menjalankan kutu pusingan biasa yang hanya melibatkan jumlah wang dan kumpulan yang kecil.

"Ia fokus kepada penganjur kutu yang melibatkan unsur perniagaan.

“Tindakan akan diambil kalau wujudkan syarikat dan kumpul duit dari puluh-puluh ribu orang dan unsur bisnes berlaku apabila penganjur kutu mengambil komisen misalnya 10 peratus untuk dirinya yang dipanggil sebagai caj perkhidmatan dan apa saja,” katanya. – Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top