
Pelakon Zain Saidin rupanya mempunyai minat terhadap haiwan eksotik.
Semuanya bermula apabila ibunya, Siti Aishah Abdullah @ Gloria Carole Mann, sering membawanya ke zoo semasa kanak-kanak menyebabkan dia tertarik kepada haiwan seperti ular, biawak dan gecko (sejenis cicak) dan iguana.
"Boleh dikatakan saya seorang yang suka kepada haiwan eksotik lebih-lebih lagi kalau yang jenis pelik-pelik.
"Di rumah, saya ada membela seekor ular dan sebelum itu pernah membela cicak. Cuma saya berharap sangat agar dapat membela burung hantu ataupun helang pula satu hari nanti," katanya.
Bukan setakat itu sahaja, Zain juga gemar dengan makanan-makanan eksotik yang mungkin tidak ramai orang mahu mencubanya.
"Kadang-kala keinginan saya agak pelik dan seboleh-bolehnya saya akan cuba sesuatu yang baru termasuklah makanan.
"Jangan terkejut, saya pernah mencuba makan daging buaya. Mungkin ada sebilangan orang yang sedikit sensitif tentang hal ini tetapi rahsianya daging itu telah membantu mengurangkan penyakit asma yang saya lalui sejak kecil.
"Antara makanan kegemaran saya yang lain ialah sup "torpedo" lembu selain urat dan otak haiwan itu," ujarnya.
Walaupun memiliki jiwa eksotik dan berwajah kacukan, Zain berkata dia bukanlah seorang lelaki moden yang terlalu mengikuti budaya Barat.
Dia masih lagi mempercayai adat budaya Timur yang penuh dengan sopan santun dan paling penting, menghormati orang tua.
# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa
0 ulasan:
Catat Ulasan