Eira Syazira atau nama sebenar Syazira Shuhaimi semakin mendapat perhatian setelah menyanyi lagu tema drama yang berjudul Istana Cinta itu.

Menyedari bakat nyanyian yang ada pada pelakon berusia 27 tahun itu, komposer, Adnan Abu Hassan bersama FG Music & Film (M) Sdn. Bhd. menerbitkan album sulung Eira berjudul Di Hati Ini.


Eira menjelaskan album sulungnya itu mengetengahkan konsep campuran muzik pop, balada dan Arab kontemporari.

“Saya mahu cuba sesuatu yang baru dan tidak salah rasanya jika saya ingin memberi variasi kepada album ini dengan menyanyikan lagu berentak Arab moden,” katanya kepada sidang media.

Pelakon itu boleh dikatakan bertuah kerana keseluruhan lagu dalam albumnya itu mendapat sentuhan pengubah dan penulis lirik terkenal tanah air seperti Adam Ahmad, Adnan Abu Hassan, Habsah Hassan, Othman Mohamad dan Syazwan Shuhaimi.

Eira dalam pada itu mengakui lagu rentak balada berjudul Di Hati Ini dan Sisi Duka memberi cabaran hebat buat dirinya ketika sesi rakaman kerana ia perlu dinyanyikan dengan nada tinggi.

“Justeru, saya mengambil kelas vokal bersama Siti Hajar Ismail untuk mempelajari tentang seni vokal dengan lebih mendalam. Bidang lakonan banyak membantu saya menguasai emosi setiap lagu dengan menjiwai sepenuhnya karakter dalam lagu tersebut.

“Pengalaman selama 10 tahun dalam bidang lakonan itu dimanfaatkan sebaik mungkin agar memperoleh hasil yang terbaik,” ujarnya yang menjadikan Sheila Majid, Hetty Koes Endang dan Datuk Siti Nurhaliza sebagai idolanya.

Sementara menurut Adnan Abu Hassan, Eira bukan sahaja berbakat, malahan dia juga begitu komited terhadap nyanyiannya.

“Walaupun dia masih lagi baru dalam bidang nyanyian, dia rajin mempelajari vokal dan tidak malu untuk bertanya dalam usaha memajukan diri dalam bidang nyanyian pula.

Selain Di Hati Ini dan Sisi Duka, album Eira yang sudahpun berada di pasaran itu turut mengandungi lagu-lagu seperti Bukan Mimpi Kesiangan, Sememangnya dan Nour El Ain. – NOR IDAYU BOSRO

Lirik Lagu Eira Syazira Di Hati Ini

Masihkah terbayang rasa ku padamu
Ketika cinta diselimut bayu
Bintang malam menjadi saksi rindu
Ku sangka kau milikku

Waktu yang berlalu,
makin memahamkan ku
Jalan yang sukar terpaksa ditempuh
Perpisahan merungkaikan kalbuku
Aku sedar dikau bukan yang satu

Maafkanlah kekasih ku
Cinta kita tidak berpadu
Tinggalkan saja kisah dulu

Biarkan berakhir begitu
Sakit luka yang terasa
Pedih lagi bila bersama tak terdaya melawannya
Pasrah ku segalanya

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top