Minggu Ketiga Mari Menari 2 menampilkan sesuatu yang berbeza apabila penyingkiran dibuat hanya sekali iaitu pada hari Ahad dan penyingkiran dilakukan berdasarkan gabungan markah juri dan undian SMS seperti biasa tetapi digabungkan kedua-dua kumpulan. Hasil pengiraan markah dan undian tidak berpihak kepada pasangan ibu dan anak iaitu MM BIBI. Azree Zailani dan ibunya Bibi Nek Mohamad berasal dari Kuching, Sarawak dan berada dalam kumpulan Ray. Pasangan BIBI telah mempersembahkan tarian dengan iringan lagu Dhinka Chika untuk tema Bollywood dan Oh My! untuk tema Ballroom.


Tema minggu ini iaitu Sinema Fantasia memerlukan setiap pasangan Mari Menari mempersembahkan 2 tugasan berbeza. Tugasan pertama adalah tarian berkonsepkan Bollywood manakala tugasan kedua adalah tarian berkonsepkan Ballroom. Setelah 3 minggu Mari Menari bersiaran, beberapa pasangan dari setiap kumpulan berjaya memikat hati juri hingga memberikan hampir markah penuh kepada pasangan ini seperti pasangan Sarah dari kumpulan Ray dan pasangan Mizi dari kumpulan Belalang.

Berikut adalah gabungan Markah Juri dan Undian SMS selepas ditutup:

1. MM SARAH - 55
2. MM MIZI - 51
3. MM FAIZ - 49
4. MM NITA 48
5. MM NORA - 43
6. MM BIBI - 36

Bermula minggu hadapan, kesemua 2 kumpulan akan bergabung dan berentap sesama mereka merebut gelaran Juara Mari Menari untuk musim yang kedua.5 kumpulan ini akan diberikan tugasan baharu yang lebih mencabar dan pastinya lebih menarik.

5 pasangan Mari Menari bergabung di bawah kelolaan RAY dan BELALANG akan meneruskan cabaran Mari Menari Musim Kedua minggu hadapan dengan tugasan yang lain pula. Saksikan Mari Menari setiap Sabtu dan Ahad, jam 9 malam, ekslkusif di Astro Ria (104).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top