Salih Yaccob Show, I Follow adalah rancangan bual bicara yang menampilkan Salih Yaccob (SY) sebagai pengacara dan penghibur serba boleh. Penampilan dan celotehnya dalam pelbagai watak pastinya akan mencuit hati para penonton. Dibantu oleh Nik Sayyidah Fatiha Yazid atau lebih dikenali sebagai Mek, program bual bicara ini akan mengundang tetamu untuk membincangkan topik-topik menarik secara santai dan bersahaja bersama-sama tetamu undangan pada setiap episod.

Salih Yaacob Show, I Follow terbahagi kepada 5 segmen menarik.

Salih Yaccob Show, I Follow

Segmen pertama, dikenali sebagai I FOLLOW. Pada segmen ini, pelbagai persembahan membuka tirai pada setiap episod. Persembahan setiap episod berlainan dan mempunyai keunikan tersendiri. Antara persembahan yang akan muncul dalam program itu adalah Raja Badli Shah (FreeStyler Footbal) Shakeel (Yoyo) Muaz (Beatbox) Nadarajan & Nadia (India Dance) Odyssey (Breakdance) Persatuan Silat Olahraga (Silat Olahraga) DJ EJIEZ (DJ OKU) Amirul (Backpipe).

Segmen BETUL TAK? akan mewarnai segmen kedua Salih Yaacob Show, I Follow. Antara segmen yang utama dalam program ini ialah segmen corat coret. Pada setiap episod, SY akan berceloteh dengan Mek tentang topik yang dibincangkan. Antara tajuk perbincangan adalah seperti; Rezeki Ramadhan, XXL…Susah Cari Kerja?, Tiba-tiba Popular, Lembut Tapi Beranak, Jarak Usia, Kaki Shopping dan Wanita Susah Cari Pasangan?

Segmen ketiga pula adalah KEMBANG SA-TAMAN. SY akan memberi nasihat berdasarkan surat-surat peminat yang diberikan kepadanya. SY akan muncul dalam pelbagai watak seperti Mak Neng, Abang Jem dan Wak Jawa, bergantung kepada masalah peminatnya.

CORAT CORET di segmen keempat pula akan memeriahkan program bual bicara ini Perbincangan terhadap tajuk perbincangan sama seperti dalam segmen BETUL TAK? tetapi kali ini bersama tetamu mingguan. Antara tetamu yang akan hadir di studio adalah; Nadia Mustaffa, Enot, Usop Wilcha, Jaafar Onn, Aziz M Osman, AC Mizal dan Linda Onn

Segmen kelima yang digelar LAGU MERAPU yang diadaptasi daripada segmen di slot Sinar Pagi ini menampilkan SY menyanyikan lagu-lagu berbahasa Melayu yang dialih bahasa ke bahasa Inggeris dengan mengekalkan melodi dan rentak asal lagu tersebut. Antara lagu yang akan dialih bahasa adalah; Ayam (Jalil Hamid), Angkat Kaki (Sheeda), Kalau Berpacaran (Sohaimi Meor Hassan), Si Manis 17 (Jaafar Onn ), Memburu Impian (Kristal), Cinta Tak Kenal Siapa, (Aris Ariwatan) dan Fiona (AC Mizal)

Salih Yaacob Show, I Follow setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam bermula 8 Julai 2011 menerusi saluran 132.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top