Ulasan Filem Tolong! Awek Aku Pontianak


Genre :Romantik -Komedi Seram

Selepas muncul dengan dua filem bergenre seram, “Sini Ada Hantu” dan “Histeria”, pengarah terkenal, James Lee kini muncul dengan filem terbaru, “Tolong! Awek Aku Pontianak” (TAAP) yang telah ditayangkan bermula 7 Julai 2011.

Walaupun beberapa kali tampil dengan filem bergenre seram, namun James Lee berjaya memberi kelainan dalam setiap filem arahannya di mana kali ini James menerapkan elemen romantik dan komedi bagi memberi impak dalam naskhah terbarunya ini.


Walaupun minit pertama agak sedikit membosankan, namun TAAP tetap menghiburkan apabila komedi yang ditonjolkan berterusan dan konsisten sehingga ke babak terakhir sekaligus membuatkan penonton tidak akan kering gusi menonton filem ini. Disamping itu, komedi yang diberikan juga berbentuk umum dan mudah difahami membuatkan ia sesuai ditonton oleh segenap lapisan masyarakat.

Tarikan dalam filem TAAP ini adalah ia dibarisi oleh pelakon-pelakon yang terkenal dan hebat-hebat. Walaupun kali pertama berlakon bersama, namun gandingan Sazzy Falak dan Zahiril Adzhim ternyata benar-benar serasi. Biarpun pertama kali berlakon dalam filem komedi, mereka mampu membawa watak ini dengan bersahaja dan kelakar.

Bagi peminat filem Malaysia yang menginginkan cerita komedi ringan, disarankan anda menonton filem terbitan Tayangan Unggul ini. Secara keseluruhan, filem sentuhan James Lee ini cukup kelakar dan menghiburkan.

Sinopsis Tolong! Awek Aku Pontianak

TAAP mengisahkan tentang percintaan dua dunia berbeza antara Bob dan Maya. Bob berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat pengiklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya, Ina, Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartmen lain.

Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik, iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti Pontianak mereka terbongkar. Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik.

Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan berpakat dengan Pian untuk membongkar identiti Maya dan Liyana.

Tetapi keadaan menjadi kacau apabila datang lagi seorang lagi Pontianak iaitu Nadia lakonan Nurul Wahab yang datang dari Johor ke Kuala Lumpur, semata-mata mahu mencari Maya. Bagaimanakah kesudahan filem ini? Sama-samalah kita nantikan di pawagam pada 7 Julai 2011 ini.

Pelakon:
Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay, Sufian Mohamed, Rashidi Ishak, Yus Waisar, Nurul Wahab, Syanie, Ameerul, Datuk Jalaludin Hassan, Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Ruminah Sidek, Jehan Miskin dan Bell Ngasri.
Info

Tarikh Tayangan : 7 Julai 2011

Filem yang menjalani penggambaran selama 25 hari ini menelan kos sebanyak RM1.5juta

Gambar Babak Filem Tolong! Awek Aku Pontianak, klik sini



Trailer Tolong! Awek Aku Pontianak


~ Gua

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top