Astro telah pun melancarkan pakej baru iaitu Indo Pek (Indo Pack). Indo Pack mempunyai saluran Astro baru yang dinamakan Astro Bintang (saluran 141) dan Astro Pelangi (saluran 142). Astro Bintang menyediakan yang terbaik hiburan gaya hidup Indonesia, seperti video muzik, gosip, dan banyak lagi. Manakala Astro Pelangi membawa anda filem-filem terbaik Indonesia dari tahun 80-an hingga sekarang dan drama sinetron.


Semua pelanggan Astro dapat menikmati langganan percuma pakej baru Indo Pack ini selama sebulan bermula 16 Julai 2011 dan jika anda berminat untuk melanggan selepas itu, pakej ini berharga RM12 sebulan. Ini pasti merupakan usaha Astro untuk memikat pelanggan warga Indonesia yang menetap di Malaysia.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Astro Indo Pack boleh hubungi khidmat pelanggan Astro di talian 1300 82 3838.

1 ulasan:

  1. lagu indo pack tu sedap la.. kumpulan aper yer n tajuk lagu dia

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top