FILEM: Hanna
Genre: Aksi
Pengarah: Joe Wright
Pelakon: Saoirse Ronan, Cate Blanchett, Eric Bana, Tom Hollander, Olivia Williams
Tayangan: Mulai 21 Julai


HANNA ialah remaja perempuan unik yang mempunyai kekuatan, stamina dan kebijaksanaan seorang tentera. Ia adalah hasil asuhan bapanya, bekas ejen CIA, di pedalaman Finland. Kehidupannya tidak sama remaja lain, di mana proses pendewasaan Hanna adalah menjadikannya pembunuh upahan sempurna. Ketika dihantar menjayakan misi oleh bapanya, dia mengembara dengan licik merentasi Eropah, termasuk menghindari ejen yang dihantar untuk membunuhnya.


Filem: Senario The Movie Ops Pocot
Genre: Komedi
Pengarah: Ismail Bob Hashim
Pelakon: Azlee Jaafar, Mazlan Ahmad, Wahid Mohamed, Diana Amir, Kamal Adli
Tayangan: Mulai 21 Julai

Satu lagi judul susulan kepada francais Senario The Movie, kisah berkisar tiga lelaki yang sentiasa menjadi mangsa buli. Azli ialah pegawai keselamatan di sebuah pasar raya yang selalu tertidur ketika bekerja. Mazlan pula pekerja di syarikat swasta yang penakut dan sering menjadi sasaran buli rakannya sejak kecil, manakala Wahid lelaki pendiam yang bekerja dengan agensi pembekal pekerja asing. Sikap Azli, Mazlan dan Wahid membuatkan majikan mereka menghantar ketiga-tiganya ke sebuah kem motivasi yang dikendalikan Ikatan Relawan Malaysia (RELA).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top