Ramlah Ram baru saja selesai merakamkan single ketiga berjudul 'Sesaat Kau Datang' yang bakal diperdengarkan kepada umum sedikit masa lagi.


Proses rakaman album terbaru Ramlah Ram kali ini amat istimewa kerana selain merupakan album kerjasama antara RRG dan FMC, album kali ini juga bakal menampilkan sisi lain naskah seninya iaitu berkerjasama dengan ramai bakat-bakat muda yang belum pernah dilakukannya sebelum ini.


Dilhamkan oleh komposer baru ID Mifzal dan lirik ditulis oleh Zie Shafuddin, Ramlah Ram menjelaskan lagu Sesaat Kau Datang mengangkat tema kekecewaan dalam percintaan atau perkahwinan dan dalam masa yang sama terpaksa melepaskan orang tersayang untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Mungkin akan ada yang beranggapkan ianya ada kena-mengena dengan kehidupan peribadi Ramlah sendiri.

"Tapi, segalanya adalah kebetulan kerana sesebuah lirik yang dihasilkan biasanya merupakan ilham atau pengalaman penulis itu sendiri.

"Masa Ramlah muncul dengan lagu Ketentuan pun macam tu jugak. Orang kata lagu tu ada kena-mengena dengan Ramlah sebab ia menceritakan tentang soal keruntuhan rumahtangga," katanya kepada murai.com.my.

Bercerita lanjut mengenai single terbaru ini, Ramlah memberitahu lagu tersebut dirakamkan di studio NAR, Kuala Lumpur dan salah sebuah studio Singapura pada bulan lalu dan ianya merupakan satu pengalaman yang berharga kerana dapat bekerjasama dengan bakat muda yang berkebolehan seperti Mifzal (pencipta), Adi 6ixthsense (penerbit susunan muzik) dan Faris Awanband selaku penjaga vokal.

"Pun begitu sessi rakaman rangkap rap dilakukan di salah sebuah studio di Singapura membabitkan kumpulan rap dari Singapura iaitu 'Sleeq'," katanya.

Menurut Ramlah lagi, lagu 'Sesaat Kau Datang' ini walaupun masih mengekalkan konsep pop yang selama ini menjadi makanannya, tetapi lagu tersebut lebih cenderung kepada rentak muzik nusantara yang digarap dengan elemen orkestra ala lagu-lagu balada dari Korea seperti 'Winter Sonata'.

Ramlah menganggap lagu ini adalah hadiah istimewa beliau kepada semua peminat-peminatnya yang masih setia menyokongnya dari dulu hinggalah kepada peminat-peminat generasi baru yang mula mengenalinya melalui 'Ketentuan'.

"Saya berharap agar single ketiga saya pada tahun ini akan diterima ramai dan semua peminatnya yang sentiasa menantikan buah tangan saya yang terbaru.

"InsyaAllah, jika tiada aral, sebuiah album penuh saya pula akan menyusul pada penghujung tahun ini yangmana, ia juga akan menampilkan sebuah lagu balada berkonsepkan ketuhanan berjudul 'Sejadah Cinta'. Ianya akan dirakamkan tidak lama lagi," katanya.

Selain lagu-lagu yang diberikan oleh para peminatnya yang juga merupakan ahli RRG, Ramlah juga akan bekerjasama dengan beberapa komposer terkenal tanahair untuk projek album terbarunya nanti.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top