Secara keseluruhannya, sebanyak 33 anugerah akan dipertandingkan pada Festival Filem Malaysia Ke-24 (FFM24)termasuklah Anugerah Perdana Khas (3 anugerah) serta Anugerah Khas Juri (4 anugerah).

Bagi kategori utama, selain trofi, pihak penganjur juga turut memperuntukkan hadiah berupa wang tunai yang bernilai RM10,000 sehingga RM25,000 untuk anugerah tertinggi FFM seperti kategori Filem Terbaik.

Dalam usaha mencari kelainan, pada tahun ini, pihak penaja iaitu Amee Philips Exclusive Jewellery akan menghasilkan rekaan khas barang kemas daripada batu-batu permata terpilih yang bernilai RM30,000 hingga RM50,000 untuk dihadiahkan kepada Pelakon wanita Terbaik.


Malam kemuncak FFM24 akan disiarkan secara langsung oleh saluran Astr0 Prima pada 19 November 2011.

Berikut adalah calon-calon filem yang bertanding Festival Filem Malaysia Ke-24 (FFM24) sehingga kini:

1. Sini Ada Hantu (Astro Show/Double Vision)

2. Cun (Tayangan Unggul)

3. Tolong Awek Aku Pontianak (Tayangan Unggul)

4. Rasuk (White Merpati Entertainment)

5. Khurafat (Skop Productions)

6. KL Gangster (Skop Productions)

7. Seru (Tayangan Unggul/Hanmania)

8. Karipap-Karipap Cinta (Cinematic Pictures)

9. Libas (MDAG Marketing)

10. Di Larang Masuk (Cineworks)

11. Al-Hijab (Empat Semudra Plantation)

12. Kembar Siang (Metrowealth Pictures)

13. Kongsi (Metrowealth Pictures)

14. 3 2 1 Cinta (Metrowealth Pictures)

15. Sekali Lagi (Metrowealth Pictures)

16. Flat 3A (Metrowealth Pictures)

17. Senjakala (Excellent Pictures)

18. Sumpahan Puaka (Genius Parade)

19. Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios)

20. Karak (KRU Studios)

21. Penunggu Istana (Primeworks Studio)

22. Nur Kasih The Movie (Primeworks Studio)

23. Klip X 3GP (Primeworks Studio)

24. Toyol Nakal (Artistik Pictures)

25. Ratu The Movie (Lineclear Motion Pictures)

26. Raya Tak Jadi (Lineclear Motion Pictures)

27. Momok Jangan Panggil Aku (Galaksi Seni)

28. ...Dalam Botol (Penerbitan J.A.S)


FFM24 pada tahun ini akan mengadakan 2 majlis penganugerahan yang berbeza iaitu Malam Anugerah Gemilang Cipta FFM24 yang akan diadakan di Panggung Anniversary, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur pada 16 November 2011. Pada malam itu, sebanyak 12 kategori anugerah akan diberikan kepada pemenang.

Sementara itu, malam gala yang dikenali sebagai malam Anugerah Gemilang Perdana pula akan belangsung du Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 19 November 2011. Sebanyak 14 kategori anugerah akan diberikan pada malam gala tersebut.

1 ulasan:

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top