Pasangan Razif adalah pasangan pertama diumumkan sebagai juara Mari Menari musim pertama dan memenangi sebuah kondominium mewah The Haven, Ipoh.

Manakala pasangan Ariz dinobatkan sebagai naib johan Mari Menari musim pertama.

Kuasa penonton menerusi 100 peratus undian Sistem Pesanan Ringkas (SMS) telah meletakkan pasangan Razif dan isteri sebagai pemenang dengan 52 peratus.

Sementara pasangan Ariz yang mendapat 48 peratus menyusul di tempat kedua.

Razif yang ditemui pada sidang media program itu berkata, segala kesulitan dan jerih-perih sepanjang 10 minggu persaingan terbayar dengan kemenangan ini.

“Saya ingin berterima kasih pada Astro, koreografer Belalang dan penasihat Lisdawati atas peluang dan bimbingan yang diberikan.”Segala kesulitan yang kami hadapi sepanjang berada dalam program ini terbayar dengan kemenangan ini,” katanya.

Dua pasangan yang kurang bernasib baik iaitu Zul (19 peratus) dan Fahmi (14 peratus) masing-masing berada di tempat ketiga dan keempat.

Kesemua finalis menampilkan dua persembahan wajib yang bertemakan hip hop dan kontemporari untuk pusingan awal.

Dua pasangan yang mendapat peratusan tertinggi iaitu Razif dan Ariz mara ke pusingan akhir untuk cabaran tarian bertemakan Latin.

Tahniah diucapkan!!

2 ulasan:

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top