Artis terkenal negara yang turut terpilih sebagai mentor dalam rancangan terbitan TV3 itu ialah Erra Fazira, Afdlin Shauki, Rahim Maarof, Edry Abdul Halim dan vokalis kumpulan Hujan, Noh.
Kesemua mentor yang terpilih hadir pada sidang akhbar itu kecuali Sharifah Aini yang kini berada di Mekah.
Walau bagaimanapun, penyanyi yang cukup popular dengan lagu Hapuslah Airmatamu itu sempat memberikan sepatah dua kata menerusi rakaman video.
"Insya-Allah, saya akan menggunakan pengalaman 42 tahun dalam industri untuk membantu bakal protege saya," katanya dalam rakaman tersebut.
Uji bakat Mentor 5 akan bermula di Sabah pada 18 dan 19 Disember ini manakala 1 dan 2 Januari 2011 akan diadakan di Sarawak.
Sementara itu, uji bakat di Semenanjung Malaysia pula akan berlangsung selama empat minggu berturut-turut bermula 15 Januari di Sri Pentas, TV3.
0 ulasan:
Catat Ulasan