Sesi ujibakat Mentor 5 akan bermula pada 18 Disember 2010 hingga 30 Januari 2011 di Sabah dan Sarawak diikuti dengan Semenanjung Malaysia di Sri Pentas TV3. Ujibakat akan diadakan dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.
Protege yang layak memasuki gelanggang Mentor semestinya memiliki kriteria yang dicari iaitu berusia antara 18 hingga 25 tahun, warganegara Malaysia yang memiliki bakat, vokal mantap dan pakej, berjaya menambat hati Mentor yang menjadi pilihan mereka, menyanyi secara solo, tidak terikat dengan mana-mana kontrak dan boleh memberikan sepenuh perhatian terhadap program Mentor.
Calon yang menghadiri ujibakat harus membawa kad pengenalan, gambar berukuran passport dan 4R serta membawa minus one lagu-lagu yang bakal mereka persembahkan untuk penilaian Mentor pilihan mereka.
Bagi para peserta yang berminat untuk menjadi protege kepada penyanyi idola masing-masing, bolehlah menghadiri ke sesi ujibakat yang akan diadakan seperti berikut:
Lokasi/Tarikh Ujibakat Mentor 5
• 18 & 19 Disember 2010 – Promenade Hotel, Kota Kinabalu, Sabah
• 1 & 2 Januari 2011 – Merdeka Palace, Kuching, Sarawak
• 15 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Afdlin Shauki)
• 16 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Erra Fazira)
• 22 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Noh Hujan)
• 23 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Edry Abdul Halim)
• 29 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Rahim Maarof)
• 30 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Datuk Sharifah Aini)
Menariknya, bagi mereka yang berada jauh dan atas sebab-sebab tertentu tidak dapat menghadiri sesi ujibakat di lokasi yang ditetapkan, pihak produksi juga menawarkan satu lagi alternatif lain di mana peserta boleh menghantar demo nyanyian maing-masing ke www.tv3.com.my/mentor5 sebelum 10 Januari 2011. Pihak produksi akan menghubungi peserta untuk datang ke ujibakat pada waktu dan tarikh yang ditetapkan hasil daripada demo yang telah disenarai pilih.
Mentor 5
Datuk Sharifah Aini, Afdlin Shauki, Noh Hujan, Rahim Maarof, Edry Abdul Halim dan Erra Fazira