Karaoke versi Kristal
KOMEN: Terdapat 11 lagu lama dan baru Kristal yang dimuatkan dalam album ini dalam versi karaoke. Ia termasuklah lagu-lagu rancak seperti Ada Sadis Ada Magis dan Seragam Hitam. Malah, album ini turut memuatkan lagu-lagu slow rock seperti Kehadiranmu dan Cinta Kita Punya.
Selain memuatkan lagu-lagu yang popular dan kuat melodinya, album karaoke ini turut memuatkan lirik lagu bagi memudahkan para penonton mengikutinya. Lagu-lagu dalam ini juga menampilkan lirik lagu yang ringkas di mana ia mudah untuk dinyanyikan. Lagu-lagu lain yang dimuatkan dalam album ini antaranya berjudul Luahan Hati, Lelaki Teruja dan Satu Untukmu. Suara vokalis Kristal iaitu Razlan yang lantang juga tidak menguatkan lagi alunan lagu-lagu dalam album ini. Namun, ia tidaklah terlalu sukar untuk diikuti dan dihayati oleh para peminat yang berkaraoke dengan lagu-lagu dalam album ini.
Judul Album: Kristal Luahan Hati
Artis: Kristal
Konsep Muzik: Rock
Terbitan: Universal Music Sdn. Bhd.
Bintang:*****
gooodd...
BalasPadamkeep up ur work...
lively...