Mari Menari 2 cuba memberi sedikit kelainan format.MM2 kali ini menampilkan format baru dengan membahagikan 10 pasangan peserta kepada dua kumpulan. Dua kumpulan tersebut akan diterajui oleh dua kapten jurureka tari, iaitu Ray dan Belalang.

Penerbit Eksekutif MM2,Norazian Mohd Zahir menjelaskan, perubahan tersebut ditampilkan sebagai sebuah pendekatan baru dalam usaha mereka untuk menambahkan serta memperkenalkan lagi lagi identiti sesebuah tarian.

Gambar peserta Mari Menari 2

"Musim kedua ini berbeza dengan musim lalu. Kali ini kita bahagiakan 10 pasangan kepada dua kumpulan yang akan dijaga oleh kapten jurureka tari, iaitu Ray dan Belalang. Kedua-dua mereka mewakili dua tarian yang berbeza iaitu Ray lebih kepada moden dan Belalang pula kepada tarian nusantara. Tapi, tak bermakna pasangan yang berada dalam kumpulan mereka hanya tertumpu pada dua tarian ini sahaja.

"Kesemua mereka akan tetap diberi tugasan untuk mempersembahkan tarian yang lain-lain. Cuma apabila kita perkenalkan dua kumpulan, ianya lebih mudah kerana mereka sudah mempunyai ketua yang akan menjaga setiap tarian dan perilaku mereka. Sebelum ini pasangan hanya berada di bawah pengawasan penasihat atau pengajar sahaja," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan 10 pasangan MM2 yang diadakan di Hotel Istana, semalam.

Bakal bersiaran selama lima minggu berturut-turut, Azian menjelaskan, MM2 juga turut menyaksikan setiap kumpulan akan beraksi dan bersaing pada hari yang berlainan.

"Kalau pada musim pertama, Malam Mari Menari diadakan pada setiap hari Sabtu, manakala Debaran Mari Menari iaitu hari penyingkiran pula diadakan pada hari Ahad, kali ini ia dilakukan dengan berbeza.

"Setiap Sabtu, kumpulan Ray akan beraksi sesama mereka sendiri dan akan ada penyingkiran pada hari tersebut. Begitu juga dengan kumpulan Belalang yang akan beraksi sesama mereka pada hari Ahad.

"Penyingkiran dalam setiap kumpulan ini pada minggu yang seterusnya sehinggalah juara kumpulan Ray akan bertemu dengan juara kumpulan Belalang pada final MM2 nanti," katanya .

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata, MM2 kali ini telah menunjukkan peningkatan yang agak ketara berbanding MM pada musim lalu. Atas sebab itu, pihak penerbitan yakin program tersebut masih mempunyai impak serta kelompok peminatnya yang tersendiri.

"Penyertaan kali ini lebih meningkat lagi berbanding tahun lalu. Jadi, kami yakin program ini semakin diminati oleh khayalak di luar sana. Walaupun mereka bukan selebriti tapi mereka mempunyai keyakinan dan mahu bersama-sama mencuba nasib sebagai penari. Saya rasa MM2 ini lebih bertenaga dan banyak aksi yang akan dipertontonkan kelak," katanya.

Episod pengenalan MM2 akan mula bersiaran pada 17 Jun ini, bermula jam 9 malam di Astro Ria. Manakala Siaran Langsung MM2 pada bersiaran setiap Sabtu dan Ahad bermula 18 Jun ini pada jam 9 malam di Astro Ria.

~ Murai

1 ulasan:

  1. bila kita terlalu percayakan cinta..cinta akan membinasakan kita..:(

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top