Sinopsis Dewa Cinta TV3

Dewa Cinta mengisahkan Iqbal, lakonan Iqram Dinzly yang dibesarkan penuh kekecewaan oleh keluarga Norhan dan Rohaya. Memori hitam di zaman kanak-kanak akibat sikap ayah kandungnya yang sangat garang dan tegas selepas ibu dan kakaknya menghilangkan diri menyebabkan jiwa Iqbal memberontak, namun sikap panas barannya itu disembunyikan di sebalik penampilannya yang elite.

Takdir menemukan Iqbal dan June (Fasha Sandha), seorang pemuzik dan penyanyi pub jelita yang lebih suka menyendiri, lantas Iqbal jatuh cinta dengan wanita yang lebih berusia daripadanya itu.

Di sisi lain, June masih mengharapkan kepulangan kekasih yang telah lapan tahun bermain muzik di luar negara tanpa khabar berita. Namun, janji setia telah dikhianati oleh kekasihnya yang rupa-rupanya telah pun berkahwin dengan perempuan lain.

Dewa Cinta lakonan mantap Fasha Sandha dan Iqram DInzly menerusi slot Akasia

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top